- Hiburan, Islamik

“Dia Tak Datang…” – Suami Tak Hadir Ke Majlis Hari Lahir Anak, Ini Penjelasan Lufya

Pelakon Lufya Omar telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya, Laana Haura yang ke-2 tahun semalam.

Namun majlis itu tidak dihadiri oleh suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum meskipun sudah diundang oleh Lufya.

Tidak berdiam diri, Lufya memberi penjelasan terhadap hal berkenaan.

“Saya ada ajak dia (suami), dia ada memberikan respon beritahu dia tak dapat datang, tidak mengapa, mungkin dia sibuk,” ulas Lufya secara ringkas.

Bercakap mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi, Lufya akui sudah melakukan yang terbaik dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Laana Haura’s Flamingo & Picnic Themed Birthday Party🎂 . Ramai yang nk bergambar dgn Haura kat dalam hall tpi si kecik ni hilang dengan dress kembang labuh die sibuk kat playground. Tak herannya dia nk bergambar hahaha. Kids is super excited to play @kiddosbubblemalaysia sampai banjir😆 Alang- alang hujan kasi banjir je trus ya anak-anak🤦‍♀️ Hahaha asal kamu bahagia la🎈 . Haura’s beautiful yellow dress by @buttonmybuttons.baby ❤

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

“Kami memang sedang melalui masalah yang serius, tetapi saya dah lakukan yang terbaik dari diri saya.

“Saya beralah bukan bererti kalah, apa yang penting saya lakukan semuanya kerana Allah dan untuk anak saya juga,” ujarnya.

Lufya berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan hari Lahir Laana Haura bertempat di Mutiara Damansara petang semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wahai Allah , Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku, menjadi tetamu AgungMu, walaupun aku sebenarnya tidak layak😔 Pertama kali inginku menjejakkan kaki ke rumahMu 🕋🌈 . Lufya baru mendapat berita yang sekarang ni wanita boleh mengerjakan umrah tanpa memerlukan mahram. Syukur Alhamdulillah. Awal tahun ni ahli keluarga lufya ke Tanah Suci utk mengerjakan umrah pada bulan ramadan. Alangkah sedihnya fya tak dpt ikut bersama keluarga untuk pertama kali dalam hidup. Allah is Great. Allah Maha Baik Dia gantikan dengan yang lebih baik. Awal tahun depan fya bersama Laana Haura akan mengerjakan umrah bersama @amwajtravel dan yang paling lufya happy kerana kali ini fya akan berkongsi tentang penghijrahan dan ingin menjemput my beloved followers untuk bersama fya dan anak mengerjakan umrah bersama dengan pakej umrah VVIP dengan harga hanya Rm7690 sahaja! Semua Hotel di depan Kaabah 😍 Untung- untung dapat view Kaabah dari bilik 🕋 . Mutawwif part time? Jemaah kami akan diiringi dari Malaysia sampai balik ke Tanah air. Kebajikan dijaga sepanjang masa oleh Ust Abdul Razzaq yg berpengalaman lebih 25 tahun. 🙋🏻‍♂(slide picture) . Flight transit / sempit? Kami hanya guna penerbangan Saudi Airline dan Malaysia Airline sahaja. Selesa dan direct ✈ . Tak percaya lah? Boleh tengok komen2 jemaah yang dah rasai pengalaman Umrah bersama Ustaz Abdul Razzaq sebelum ini. Alhamdulillah. . Nak daftar? Tekan link wassap.my/60122255775 . Daftar terus yaa~ Pakej VVIP tu terhad.. ampunnn 🙏 Siapa cepat dia dapat. (Small group utk lebih fokus dibimbing oleh pembimbing umrah) . Ok jom sedekah shares & tag sahabat2 anda 🥰 . #UstazAbdulRazzaq #UmrahAmwaj #AmwajTravel #Umrah2019 #Makkah #Madinah #Umrah

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Pada Isnin, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan mencer4ikannya di Mahk4mah Rendah Syariah Subang Bestari.

Kisah pergol4kan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

Ada pihak mend4kwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mend4kwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *