- Hiburan

“Tengok Muka Saya Ni Layak Ke Nak Ada Dua Isteri? – Naqiu

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu menafikan dakwaan bahawa dia pernah beristeri dua.

Jelas Naqiu, tuduhan terbabit dianggap melucukan dan sama sekali tidak logik memandangkan faktor usia kelima-lima anaknya berselang setahun setiap seorang.

“Tengok muka saya ni layak ke nak ada dua isteri? Tak adalah!

“Saya tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Anak-anak saya kan rapat-rapat, bila masa saya nak kahwin lain?

“Inilah dakwaan paling kelakar dan saya tak sangka. Anak-anak saya berusia tujuh, enam, lima, empat dan yang bongsunya baru setahun. Ruang mana saya nak cari isteri lain?” jelas Naqiu kaget.

Sebuah forum gosip hiburan telah membongkar kehidupan sebenar seorang selebriti yang pernah berpoligami.

Lebih mengejutkan apabila isteri kepada penyanyi lelaki yang dimaksudkan itu didakwa memaksa untuk menceraikan isteri pertama yang pernah menjadi kawan rapatnya sebelum ini.

Dakwa pengguna itu lagi, anak pertama dan ketiga penyanyi itu merupakan hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Biarpun tidak menujukan dakwaan itu terhadap mana-mana selebriti namun ramai yang mengandaikan kenyataan itu dikaitkan dengan Naqiu.

“Kata individu itu isteri saya nampak merendah diri, ya dia memang merendah diri dan saya sayangkan isteri saya, dia teman hidup saya.

“Saya berterima kasih sebab individu itu mengambil berat pasal saya dan saya doakan dia bahagia,” tambahnya.

Ujar Naqiu lagi, dakwaan sedemikian dianggap sebagai perkara yang positif memandangkan semakin ramai yang memberikan perhatian kepadanya.

“Saya terbuka pada apa-apa pun, itu bermaksud orang memberikan perhatian kepada saya.

“Dari sudut positif, orang sentiasa mencari saya.

“Selepas 12 tahun berdiam, baru sebulan lebih ini orang mengorek kisah saya sedalam-dalamnya. Mungkin ada kemungkinan yang baik dalam karier saya kelak,” katanya.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *