Muhyiddin bakal menghadap Agong, dijangka lepaskan jawatan PM

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin.

Pada masa ini, semua petunjuk yang ada seolah-olah membawa kepada satu pilihan iaitu untuk beliau melepaskan jawatannya.

Sumber utama Kabinet berkata, perdana menteri telah menyatakan hasrat beliau kepada pemimpin dan pegawai kerajaan Perikatan Nasional dalam pertemuan pada Ahad.

Seorang menteri kanan Kabinet berkata pengumuman rasmi akan dibuat setelah tamat sesi mengadap dengan Seri Paduka di Istana Negara.

Ujarnya, Muhyiddin tetap bertegas dalam pendiriannya untuk berhenti setelah beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen.

Kedudukannya juga tidak dapat dipertahankan ekoran penolakan segera tawarannya sebelum ini oleh Pembangkang.

Antara yang dijanjikan termasuklah dana yang sama untuk semua anggota Parlimen, had dua p.enggal sebagai perdana menteri, undang-undang a.nti lompat parti dan pelaksanaan Undi 18.

Ketika berita mengenai keputusan Muhyiddin untuk mengundurkan diri mula tersebar, para pemimpin Perikatan dan Barisan Nasional berkumpul dalam pertemuan hingga larut malam.

Malah, ramai dalam kalangan mereka tidak menjawab panggilan atau ada yang secara ringkas berkata mereka sedang mengikuti mesyuarat.

Difahamkan, perbincangan mengenai siapa yang boleh menggantikan Muhyiddin termasuk kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih, namun ia bergantung sama ada Umno dan Bersatu dapat membuat persefahaman bersama. – The Star.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*