Sudah Lama Simpan Niat, Doa Suami Elizad Untuk Bertudung Termakbul

Sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, penampilan pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad membulatkan hatinya untuk berhijrah ke arah lebih baik dengan mengenakan tudung.

Mengakui sudah lama menyimpan niat untuk bertudung, Elizad berkata dia mula mengenakan tudung selepas membuka satu bungkusan yang dibeli suaminya, Shamsul Baharin melalui atas talian.

“Saya dah lama pasang niat nak bertudung. Saya percaya semua wanita juga mahu berubah ke arah yang lebih baik cuma nak istiqamah ini yang menjadi ketakutan.

“Alhamdulillah empat hari mengenakan tudung, saya rasa sangat selesa walaupun cara pemakaian tudung saya tidak begitu sempurna.

“Sekurang saya cuba dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya memang dah lama nak pakai tudung tapi tiada kekuatan itu lagi. Lagipun bertudung ini wajib dan saya perlu pujuk dan paksa diri,” katanya.

Kata Elizad lagi, setiap kali solat jemaah, suaminya sentiasa mendoakan agar dia menjadi isteri yang baik serta menutup aurat dan doa suaminya untuk melihatnya bertudung termakbul.

“Setiap kali saya dan suami solat berjemaah, dia pasti selitkan doa supaya saya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat.

“Alhamdulillah selepas enam tahun dia menantikan detik ini, saya kini belajar mengenakan tudung perlahan-lahan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*