Terkini Muhyiddin Dijangka Letak Jawatan, Watak-Watak Penting Tiba Di Istana Negara

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masuk ke pejabatnya pagi ini dengan ada yang menganggap ia sebagai tindakan terakhirnya sebelum meletakkan jawatan hari ini

Dia sedang mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di pejabatnya di Putrajaya dan dijadualkan akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatannya dijangka berlaku tidak lama kemudian. Ikuti Malaysiakini untuk kemas kini secara langsung.

Istana hidang makanan dan minuman untuk media

11.41 pagi: Wartawan dan jurugambar dibekalkan dengan makanan dan minuman di luar pintu pagar Istana Negara.

Mereka telah berkumpul sejak awal pagi ini untuk memberi maklumat terkini mengenai perkembangan politik negara.

11:43 pagi: Kenderaan rasmi membawa Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Lazim dilihat tiba di pekarangan Istana Negara. Dia yang diiringi sepasukan polis tiba dan masuk melalui Pintu 2 Istana Negara.

IGP tiba di Istana

11.17 pagi: Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani pula tiba di Istana Negara.

Dia juga pada pagi tadi menghadiri mesyuarat kabinet khas dengan Muhyiddin di Putrajaya. Bagaimanapun, Idrus yang tiba pada 10.47 pagi tadi, belum kelihatan keluar dari Istana Negara.

AG tiba di Istana Negara

10.47 pagi: Peguam Negara Idris Harun dilihat memasuki pintu utama Istana Negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM tiba di Istana Negara

9.55 pagi: Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilihat memasuki Istana Negara.

Media berkampung di luar Istana

9 pagi: Sekitar 30 petugas media dari pelbagai agensi telah mula berkumpul di luar Istana Negara sejak pukul 8 pagi, walaupun majlis menghadap Muhyiddin dengan Yang di-Pertuan Agong dijadualkan akan hanya berlangsung pada sebelah tengahari.

Muhyiddin tiba di JPM

8.07 pagi: Berita Harian melaporkan Muhyiddin tiba di pejabatnya diikuti tidak lama kemudian oleh Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani. Mereka akan menghadiri mesyuarat kabinet khas yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri sekitar jam 10 pagi.

Muhyiddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut sebelum berangkat ke Istana Negara.

IGP, PAT, AG, KSN, tiba untuk mesyuarat khas Kabinet

Malaysiakini

Beberapa penjawat awam kanan dilaporkan sudah berada di Bangunan Perdana Putra, putrajaya yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri

Mereka dijadualkan menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang akan dipengerusikan Prdana Menteri, Muhyiddin Yassin, pada kira-kira jam 10 pagi nanti.

Antara mereka adalah Peguam Negara, Idrus Harun yang tiba pada jam 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, Berita Harian Online turut melaporkan, terdahulu, kenderaan membawa Ketua Polis Negara (IGP), Acryl Sani Abdullah Sani; diikuti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jen Affendi Zali dilihat memasuki kawasan bangunan sama.

Bernama pula melaporkan perdana menteri ketika dibawa keluar dari kediamannya di Bukit Damansara pada 7.42 pagi ini dilihat melambai ke arah media yang telah berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi.

Dia tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 8.07 pagi, dijangka untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet.

Kenderaan-kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet mula dilihat memasuki Perdana Putra sejak 9.30 pagi.

Antara yang kelihatan ialah kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri smail Sabri Yaakob.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa menteri-menteri kanan iaitu Menteri Kanan Luar Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Kenderaan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong juga memasuki bangunan itu.

Putrajaya menjadi tumpuan susulan kenyataan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof yang memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Dia dilaporkan berkata, keputusan itu antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada Bersatu dengan Muhyiddin di Publika, semalam.

Muhyiddin dilaporkan terpaksa berbuat demikian susulan hilang majoriti selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan 14 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Pada masa sama, 23 lagi ahli parlimen Umno termasuk naib presiden Ismail Sabri terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sekiranya peletakan jawatannya diterima yang di-Pertuan Agong, hari ini, Muhyiddin akan menjadi perdana menteri yang paling pendek dalam sejarah – setelah 17 bulan memegang jawatan itu.

Ini adalah kira-kira lima bulan kurang daripada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri p.enggal kedua.

Sumber Mskini via trendingkini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*