Alhamdulilah. Tan Sri Ismail Ke Istana Ke ni? Pak Long Bakal Perdana Menteri

Semalam, kesemua anggota Dewan Rakyat telah diarahkan oleh Istana Negara untuk menghantarkan surat akuan secara bertulis bagi menamakan calon Perdana Menteri yang bakal menggantikan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Banyak nama yang menjadi sebutan, antaranya Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah mendapat sokongan daripada 42 orang Ahli Parlimennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta PAS.

Ketua parti pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim juga antara persona yang menjadi calon sekiranya beliau dapat membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya.

Bagaimanapun, Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Seri Mukhriz pula sedia mempertimbangkan Ismail, Anwar mahupun Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai pengemudi kerajaan baharu.

Sempat menghadap Sultan Johor

Tanggal 13 Ogos lalu, Ismail Sabri sempat menghadap Sultan Johor selepas permintaan tersebut diperkenan oleh Baginda.

Pertemuan yang berlansung selama sejam itu dirakam dan dimuatnaik oleh Baginda di akaun Facebook rasmi miliknya pada hari yang sama.

Bagaimanapun tujuan pertemuan tersebut masih kekal misteri selepas tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh kedua-dua pihak.

Segalanya masih kekal rahsia dan menjadi tanda tanya selepas pertemuan di Istana Negara semalam.

Tiada jawapan yang tepat yang dapat disahkan buat masa ini, sehingga jam 4 petang nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://upnewsupdate.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*