Fazura Mohon Maaf Kerana Guna Muzik Tanpa Izin, Tapi Lain Pula Yang Netizen Bincangkan!

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura tampil membuat permohonan maaf setelah menggunakan lagu dari sebuah band rock, Deepsetan tanpa kebenaran.

Guna Lagu Tanpa Kebenaran

Menerusi laman Twitter, band rock ini telah menyatakan bahawa lagu mereka telah digunakan untuk commercial tanpa kebenaran.

“Hi. FYI, muzik kami digunakan dalam iklan tanpa kebenaran kami. Kami ingin mendapatkan kerjasaman anda untuk keluarkan lagu tersebut dari iklan. Terima kasih. Stay safe.”-Deepsetan

Fazura Mohon Maaf Pada Deepsetan

Pelakon filem Gol & Gincu ini kemudian bertindak profesional membuat permohonan maaf bagi pihak editornya yang menggunakan lagu band rock ini tanpa kebenaran untuk sebuah video kempen tudungnya, Tudung Fazura.

“Assalamualaikum.  Saya dengan rendah hati meminta maaf kepada @deepsetan bagi pihak editor saya kerana menggunakan lagu anda tanpa kebenaran anda dalam video kempen terbaru kami untuk @tudungfazura.

Kami menghargai anda menghubungi kami dan video telah dipadamkan di semua platform kami. “-Fazura

Lain Pula Yang Netizen Bincangkan

Walaubagaimanapun, tinjauan Murai di ruangan komen mendapati rata-rata netizen membincangkan nama band rock berkenaan.

“Knape nama dia deepsetan”-Netizen

“Jangan la deepsetan. Deepset je la”-Netizen

Isu antara kedua belah pihak sudah selesai. stay safe and chill okay. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*