Remy Ishak Kenang Jasa Muhyiddin Yassin Berbakti Ketika Pandemik

Isnin lalu, berita mengenai perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia menggemparkan negara serta memberi kesan kepada rakyat.

Berita tersebut turut memberi kesan kepada pelakon Remy Ishak yang mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin Yassin di atas bakti beliau serta berjuang untuk negara ketika pandemik ini.

“Assalamualaikum Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan buat seluruh rakyat dan negara Malaysia tercinta.

“Jasa baik dan usaha Tan Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang berjuang untuk rakyat saat pandemic covid-19 melanda negara akan dikenang hingga akhir hayat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Remy turut mendoakan kesejahteraan buat Muhyiddin sekeluarga serta bekas Perdana Menteri itu diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah.

“Saya mendoakan kesejahteraan dan rahmat buat Tan Sri serta seluruh ahli keluarga. Semoga Tan Sri diberikan kesihatan yang lebih baik dan dirahmati ALLAH SWT.Amin Amin Ya Rabb al amin,” tulisnya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong sudah menerima surat perletakan jawatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seri Paduka Baginda perkenan melantik Muhyiddin sebagai “Caretaker” Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baru dilantik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*