[VIDEO] “Petanda Baik Atau Tidak Baik?” -Ikan Puyu Naik Darat di Tanjong Karang

KUALA SELANGOR – Puluhan ikan puyu didapati naik ke darat di luar sebuah surau di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, hari ini.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 26 saat dengan perakam melahirkan rasa pelik terhadap kejadian tersebut.

Keajaiban berlaku ketika hujan itu seterusnya menimbulkan pelbagai spekulasi dengan menyatakan akan berlakunya banjir besar.

“Allahu Akbar, banyaknya (ikan puyu). Ajaib, Ajaib, Ajaib. Kejaiban surau Sulaiman. Hari ini, 18 Ogos 2021 banyaknya ikan puyu naik,” kata perakam tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut teruja dengan insiden tersebut dengan mengaitkan dengan perubahan musim.

“Ikan akan naik ketika hujan secara mendadak terus dan kejadian ini akan belaku apabila sesuatu kawasan itu telah mengalami musim kemarau.

“Dengan kata lain sekarang sudah masuk musim hujan yang sering berbeza dgn bulan lepas agak kemarau,” kata pengguna Pekebun Kecil.

Ada juga netizen menyatakan pemberian rezeki kepada penduduk setempat.

“Allah kalau hendak beri kita rezeki boleh datang dari bermacam-macam cara. Bersyukurlah. Tidak mustahil bagiNYA,” ujar pengguna Zulkafli bin Ibrahim.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor menegaskan pihak belum menerima sebarang laporan berkaitannya. – K! ONLINE

VIDEO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*