[FOTO] Tahniah Remy Ishak! Sah jadi suami Ezza Yusof dengan sekali lafaz

IMPIAN dua jiwa untuk disatukan akhirnya menjadi kenyataan apabila pelakon Remy Ishak dan kekasih hatinya, Ezza Yusof selamat diij4bkabulkan kira-kira pukul 1 petang, Sabtu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandung iaitu Rozman Yusof.

Pada majlis itu, Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Usai selamat disatukan itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berkata dia bersyukur kerana majlis pernikahan itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua!

REMY ISHAK

PELAKON

Remy turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan meminta orang ramai terus mendoakan kesejahteraan ikatan perkahwinan mereka.

“Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” katanya.

Remy Ishak Ezza 1

Sama cantik sama padan, pelakon Remy Ishak telah sah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu Ezza Yusof dengan sekali lafaz di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 1:00 tengah hari. Pernikahan pasangan ini disaksikan oleh kedua-dua ahli keluarga terdekat dengan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Kami kongsikan beberapa foto sekitar acara pernikahan pasangan pengantin baharu ini untuk tatapan peminat. Tahniah Remy Ishak dan isteri!

Sama cantik, sama padan

Persiapan pengantin perempuan

Foto: AdikZwan

Pernikahan bersejarah buat Remy Ishak dan Eeza Yusof diwalikan sendiri oleh abang kandung kepada pengantin perempuan iaitu Rozman Yusof. Busana pasangan mempelai direka khas oleh pereka fesyen muda terkenal tanah air iaitu Mirol Jonit, manakala sentuhan solekan oleh Chomel.

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Sumber: Mode.miroljonitAdikZkwan, Astro Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*