“Sy sangat bersyukur..”Pasangan kekasih Zoey, Zarina Anjoulie Ceriakan Lgi Penghantar Makanan..

PELAKON dan usahawan Zoey Rahman melalui produknya Mika Series menganjurkan program amal #mikaseriespeduli memberi sumbangan petrol dan makanan kepada penghantar makanan atau rider hari ini, di stesen minyak Petronas Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam program tersebut, seramai 200 rider dari Grab Food, Lalamove dan Food Panda yang terlibat.

ZOEY dan Zarina Anjoulie bersama wakil Mc Donald’s Mutiara Damansara

 

Menurut pengasas Mika Series, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar,36, program ini adalah salah satu usaha Mika Series dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Kadang-kadang saya tengok rider ni makan dan solat tepi jalan. Belum lagi dengan cuaca hujan dan panas yang tak menentu. Mereka sangat berusaha untuk mencari duit dalam musim C0VID-19 ini.

“Dari situlah saya dapat idea untuk membantu rider sekitar Kuala Lumpur. Hari ini, saya dapat kumpulkan 200 rider yang telah mendaftar di telegram #mikaseriespeduli terlebih dahulu.

“Demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), satu slot untuk 50 orang rider mendapatkan makanan dan mengisi minyak secara percuma.

“Bukan kali ini sahaja, kami akan menjadikan program amal #mikaseriespeduli ini setiap bulan,” katanya yang mengalu-alukan pihak lain untuk menyertai program ini pada masa akan datang dengan mendaftar di telegram #mikaseriespeduli.

ZARINA Anjoulie menyampaikan angpau kepada penghantar makanan.

Dalam masa yang sama, Zoey mewakili produk Mika Series berterima kasih kepada pihak p0lis dan Rela kerana banyak membantu dalam me1icinkan program ini.

Zoey juga meluahkan rasa syukur kerana program ini turut disok0ng oleh daripada Big Mouth, Mc Donalds Mutiara Damansara dan stesen minyak Petronas Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur.

ZOEY antara artis yang sering melakukan kerja amal.

Apa yang lebih istimewa dalam program ini apabila kekasih Zoey, iaitu selebriti sensasi Zarina Anjoulie turut hadir menyampaikan angpau kepada semua rider yang mendaftar.

ANTARA rider yang menerima sumbangan dari Mika Series

Bagi pelakon filem Ular ini, pengorbanan rider amatlah besar kepada masyarakat dalam situasi pand3mik C0VID-19.

“Bagi saya rider termasuk posmen atau penghantar barang sangat berjasa kepada masyarakat.

“Misalnya saya yang memang promosi produk dalam media sosial. Dalam tempoh PKP pula tak boleh keluar rumah, siapa yang nak hantar kalau bukan mereka.

“Mereka sebenarnya berhadapan dengan risiko untuk kita semua. Minta maaf saya cakap. Ada yang bertanya, kenapa beri angpau kepada rider kerana mereka sudah ada kerja.

“Mereka tahu tak yang rider ini berisiko..Kalau mereka kena jangkitan COVID-19, macam mana tu? Perkara macam ni kita kena fikir,” ujar Zarina Anjoulie yang telah lebih 10 tahun aktif melakukan kerja-kerja amal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Semoga program #mikaseriespeduli menjadi contoh kepada pihak lain untuk turut sama membantu golongan yang memerlukan.

Sumber:WILAYAHKU

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*