Kes tertangguh lagi selepas Zahid masuk hospital, sekali Nurul tunjuk satu rakaman video

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan memanggil seorang doktor pakar sebuah hospital swasta supaya menjelaskan keadaan kesihatan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau tidak hadir pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan haram yang dihadapinya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, sapina akan dikeluarkan kepada doktor berkenaan agar beliau hadir bagi menjelaskan prosedur yang akan dijalankan terhadap Ahmad Zahid serta tempoh masa yang diperlukan sebelum tertvduh benar-benar pulih.

“Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang akan dijalankan,” jelas beliau.

Sebelum itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan, Presiden UMNO itu tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya di sebuah hospital pakar hari ini.

Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesak1tan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama.

Mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan kes Ahmad Zahid, 68, yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO itu did4kwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Kesalahan mengikut sekksyen 409 Kanvn Kesekks4an itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Nurul Zahid Tunjuk Bukti

Dalam pada itu, anak kepada Zahid tampil memuat naik rakaman video yang ayahnya sednag di tolak oleh jururawat di atas katil

“Fitn4h dihujung jari.

“Ini video pagi tadi sewaktu Abah dibawa ke OT.

“Sy tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sbb sy tahu ini akan jd bukti kpd UMUM bila ia diperlukan. Sangkaan sy amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT, berita fitn4h terseb4r yg dia sedang ‘berehat’ di hospital utk elak kes mahkamah!

“Tak masuk akal. Benda s4kit ni bukan boleh buat2. Alhamdulillah Allah gerakkan hati sy. Sy yg bertanggungjawab tunggu dan jaga Abah sepanjang dia dihospital.

Nurul Zahid juga ada memuat naik gambar ayahnya yang selesai menjalani OT dan menekankan kepentingan berbakti kepada ibu bapa

“Ketika cinta bertasbih.

“Alhamdulillah Abah dah selesai OT.

“Sampai bilik Abah mengadu pd Mak dan sy “sak1t.. sak1t Mi.. sak1t la Kak Long..”

“Mak cakap ..”sabar Bang” .. Mak capai tasbih Abah. Mak bisik pd Abah.. “Zikir Bang..”

“Indah cukup indah. Alhamdulillah.

“Semoga bila sampai waktunya, pengakhiran yg baik dan mulia buat Mak dan Abah.

“Siapa pun Mak Abah kita, pemimpin negara, pemimpin parti, guru sekolah, driver Grab, penghantaran makanan, pengawal keselamatan, siapa pun mereka, berbaktilah.

“Mereka hanya ada kita. Doakan utk mereka. Jaga dan pantau mereka. Minta pd Allah dijauhkan dari manusia pelik2. Manusia yg suka ambil kesempatan dan yg berniat jahat.

“Kita pun takda siapa lagi kecuali Allah, Mak Abah dan keluarga.

“Semoga Allah beri kesembuhan dan kekuatan buat Abah dan buat semua yg berhati mulia mendoakan Abah, hanya Allah sahaja yg mampu membalas kebaikan dari doa2 kalian.

“Terima kasih Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*