Apa Guna Undang-Undang Kalau Semua Selesai Hanya Dengan ‘Maaf’? -Sheila Rusly Tetap Buat Laporan Polis

Kuala Lumpur: Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, hari ini berhubung artikel didakwa berbaur fitn4h terhadap keluarganya yang disiarkan di satu akaun media sosial.

Sheila ketika dihubungi berkata, tindakan itu dibuat sebagai pengajaran kepada semua individu yang menyebarkan sesuatu fitn4h tanpa usul periksa.

“Dia (blogger) tak ada menghubungi kami, sebaliknya suami saya (Jinggo) yang menghubunginya menerusi Instagram dan selepas itu barulah dia memohon maaf.

“Saya buat laporan polis kerana saya nak mereka tahu, tidak semudah itu untuk mereka melepaskan diri dan permohonan maaf itu tidak dapat kembalikan keadaan seperti sedia kala,” katanya kepada Harian Metro.

Sheila berkata, sekiranya semua kes4lahan boleh selesai dengan permohonan maaf, apa gunanya kewujudan mahkamah dan undang-undang.

“Apa saja yang berlaku termasuk fitn4h dan apa yang mereka lakukan untuk merosakkan imej saya, kalau boleh selesai dengan memohon maaf, tak perlulah ada mahkamah.

“Jadi, saya berbincang dengan suami dan saya cakap, memang siapa yang buat salah, jalan paling mudah adalah dengan meminta maaf. Namun, adakah permohonan maaf itu dapat buatkan kita lupa akan perbuatan mereka yang saya anggap sebagai sesuatu yang kej1 kerana menjatuhkan maruah keluarga kami?” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Sheila juga berharap semua pihak mengambil iktibar daripada situasi yang berlaku.

“Jadikan ini iktibar kepada semua, tak kiralah sama ada anda blogger, media, wartawan, portal hiburan, mahupun forum yang membincangkan dan membuka ruang untuk orang lain menyebarkan fitn4h.

“Kalau tak pasti, jangan kongsi semata-mata untuk mendapatkan pengikut (follower) atau tontonan (view),” katanya.

Sheila berkata, ada antara netizen yang menulis komen berbaur fitnah sudah memadam komen-komen mereka. Namun, ada juga yang menggunakan akaun palsu.

“Dengan menggunakan akaun palsu, mungkin boleh melepaskan anda di dunia, tetapi Allah tahu walaupun saya tak kenal anda. Manusia suka bertindak tanpa memikirkan kesan yang akan dialami oleh mangsa buli siber itu.

“Jangan sampai perbuatan anda meruntuhkan keharmonian keluarga orang lain kerana semuanya akan berbalik kepada anda,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Sheila akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger terbabit yang didakwa menabur fitn4h kepada keluarga, anak dan menantunya.

Ini berikutan tindakan mereka memuat naik kenyataan kononnya Sheila pernah ‘mencadangkan’ nama pelakon, Janna Nick sebagai calon isteri untuk anaknya, Uzair Haqimy tetapi ditolak Janna sebelum Uzair memilih pelakon Elisya Sandha.

Uzair dan Elisya melangsungkan pernikahan, Sabtu lalu.

Semalam, blogger terbabit turut membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram berhubung isu itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*