Anak-Anak Masih Cari Arwh Ibu, Shuib Hil4ng Kata-Kata – “Kalau Tak Ada Jawapan,Bagi A1r M4ta Saja”

GENAP 17 hari pem3rg1an isteri tercinta penyanyi Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkongsi perkembangan terkini anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang kini sudah dipindahkan keluar dari inkubat0r.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, bayi yang kini berusia 20 hari itu mula diberikan svsu badan dan akan dibuka alat bantuan pernafasan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, tiga hari lalu Ayash dah keluar dari inkubator dan dia dah mula minum svsu ibu yang saya dapat daripada sepupu sendiri.

“Insya-Allah dalam dua minggu lagi, doktor akan buka alat bantuan pernafasan. Insya-Allah minggu ketiga nanti Ayash akan pulang ke rumah,” ujarnya.

Foto kenangan arwh Siti Sarah bersama suami dan anak-anak.

Shuib, 37, berkongsi perkara itu ketika sesi Instagram Live (IG Live) bersama rakannya, Abu Talib Husin dan pendakwah Mohammad Yaakub Yusra pada Khamis.

Sementara itu, berkongsi perkembangan lain, Shuib berkata, dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, sering bertanya tentang arwh setiap kali sebelum tidur.

“Macam Matin… dia baru berusia enam tahun, kadang-kadang apabila teringat dia akan tanya. Anak perempuan pula apabila sedih dia akan tunjuk.

“Sebelum tidur, dia akan tanya ibu dekat syurga, kenapa ibu lama kat sana padahal dah janji nak berjalan sama-sama, tidur sama-sama, nak kongsi barang sama.

Uwais dah faham… dia la menjadi penenang untuk adik-adik.

VIDEO1:

VIDEO2:

“Dia akan tanya kenapa ibu pergi dan tinggalkan dia. Nak tak nak kena jawab, kalau tak ada jawapan… bagi air mata saja.

“Uwais dah faham… dia la menjadi penenang untuk adik-adik. Bersyukur Allah maha besar, dia ambil kesayangan bidadari saya ganti dengan anak sulung yang miripnya,” kata Shuib.

VIDEO3:

Siti Sarah mengh3mbuskan naf4s terakhir pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Cv1d-19 pada 9 Ogos lalu.

Dua hari sebelum itu, Allahy4rhamah menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Anak perempuan Siti Sarah, Talita sedih tak dapat luangkan masa lebih lama bersama ibunya.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Dalam pada itu, Shuib turut bercerita dia memasang niat untuk menjadikan kesemua anak-anaknya sebagai tahfiz al-Quran sebelum mereka memilih kerjaya masing-masing.

Malah dia berazam untuk menghantar anak bongsunya iaitu Ayash untuk menjadi seorang tahfiz pada usia tiga tahun.

“Saya nak semua anak-anak saya bergelar tahfiz sebelum mereka bekerja nanti. Saya mahu mereka hidup berpandukan al-Quran.

“Anak yang kecil saya nak dia diajar pada usia tiga tahun. Saya ni datang daripada keluarga yang daif tiada ahli keluarga yang tahfiz jadi saya mahu anak saya tahu tentang agama,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:transformasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*