Reaksi seorang bapa yang terharu, tersipu malu dihadiahkan telefon bimbit amat meny3ntuh hati… anak terkejut tak lama kemudian sejadah yang dicari!

BAPA merupakan individu yang paling susah untuk menunjukkan perasaannya terhadap anak-anak, mahupun isteri.

Namun rakaman video yang dimuat naik oleh seorang wanita memaparkan bapanya tersipu-sipu malu apabila menerima hadiah telefon bimbit daripada anak perempuannya cukup menyentuh hati.

Video tersebut meraih hampir 270,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Raja Alya Nur Dini R Hassan, 24, berkata, dia menghadiahkan telefon bimbit kepada bapanya, R Hassan R Ismail, 65, yang baru kehilangan telefon dan juga sebagai hadiah hari jadi.

Namun bapanya tersipu-sipu malu apabila dipaksa oleh emak dan kakaknya supaya segera membuka bungkusan hadiah yang diberikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Waktu tu ayah baru balik dari surau, tengah borak dengan anak-anak sambil melayan cucunya. Ketika tu juga saya bagi telefon bimbit tu dekat ayah sebagai hadiah hari jadinya.

“Mula-mula memang ayah tak nak buka sebab katanya hari jadinya lambat lagi, tapi saya belikan awal sebab dia baru kehilangan telefon. Bila dipaksa oleh mak dan kakak saya, akhirnya ayah buka juga hadiah itu.

“Lepas dia buka kotak tu, ayat yang keluar dari mulut dia ialah Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sambil ayah berdoa dengan wajah yang begitu gembira.

Idea memberikan hadiah tersebut datang daripada Dini (kanan) sendiri kerana bapanya kehilangan telefon bimbit.

“Dia seorang yang cukup malu dengan anak-anak terutama sekali bila dapat hadiah, tak pernah meminta apa-apa daripada kami. Ayah masuk bilik dan buka sejadah untuk buat sujud syukur, part itu yang saya tak sempat nak rakam,” katanya.

Mesra disapa Dini, dia memberitahu bahawa bapanya kehilangan telefon sewaktu mengeluarkan duit di mesin ATM yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Tambahnya lagi, bapa kepada 10 orang anak itu tidak perasan telefonnya tertinggal di atas mesin ATM tersebut sehinggalah selepas waktu Maghrib.

“Masa tu ayah pergi ke ATM untuk keluarkan duit, dan dia letak telefon atas mesin tersebut. Lepas dah siap urusan dia pun terus balik dan tak ingat yang telefon tertinggal di atas mesin.

“Bila dah sampai rumah pun ayah masih tak sedar lagi sampailah lepas waktu maghrib, baru dia perasan tertinggal telefon. Tapi bila dia pergi dekat mesin ATM tu, telefon memang dah tak ada.

“Memang idea saya nak belikan telefon untuk dia sebab tahu ayah tak akan beli yang baharu. Telefon dia yang sebelum ni pun semua adalah pemberian daripada anak-anak.

Dini menghadiakan telefon bimbit baharu untuk memudahkan urusan bisnes bapanya.

“Saya pun berniatlah nak belikan telefon sebagai hadiah hari jadi yang ketika itu dalam masa lagi tiga minggu. Cuma saya rasa macam lambat sangat, itu yang beli awal dan bagi terus dekat ayah,” katanya

Tujuan utama Dini menghadiahkan telefon bimbit baharu adalah untuk memudahkan urusan kerja bapanya yang kerjanya membaiki enjin air.

Bapanya memerlukan telefon untuk menghubungi pelanggan, menghantar gambar enjin air dan berhubung dengan keluarganya sendiri.

“Sekarang tengah kerja pasang enjin air, jadi dia akan pergi cari enjin yang dah rosak dan baiki sendiri kemudian jual balik kepada orang.

“Sebab itulah dia perlukan telefon untuk untuk call customer dan hantar gambar barang dia, susah kalau tak ada.Tapi biasalah orang tua pun kadang-kadang ada juga main Facebook dan WhatsApp.

“Ayah bukan seorang yang g4rang, jarang nampak dia marah dan tak pernah manjakan anak-anaknya. Sejak kecil, dia tak pernah mewahkan kami dengan harta benda.

Sebab itu bila semua dah besar, kami utamakan ibu bapa dahulu dalam semua perkara.

RAJA ALYA NUR DINI R HASSAN

“Benda-benda yang tak penting dia tak akan belikan, kami adik beradik kena usahakan sendiri kalau nak sesuatu. Bagi saya, dia pandai didik anak-anak supaya bekerja keras untuk mencapai impian,” ujarnya

Menurut anak kesembilan daripada 10 beradik itu, terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh bapanya untuk menyara mereka sekeluarga.

Walaupun tidak pernah dimanjakan dengan harta benda, namun Dini menganggap bapanya itu mendidik mereka adik beradik untuk berusaha jika mahukan sesuatu.

“Terlalu banyak pengorbanan ayah buat, dia bekerja keras kerana mahukan anak-anak hidup senang walaupun dia tak manjakan kami.

Dini (kiri, depan) dan adik beradiknya mengutamakan ibu bapa mereka dalam semua perkara.

“Tetapi dia bagi kami cukup sempurna dan sediakan rumah yang sangat selasa untuk tinggal bersama. Sejujurnya, ayah tak pernah tunjuk segala pengorbanannya tapi kami adik beradik boleh lihat dari cara dia menjaga anak-anaknya.

“Sebab itu bila semua dah besar, kami utamakan ibu bapa dahulu dalam semua perkara. Tak akan miskin kita kalau habiskan duit untuk ibu bapa dan kalau nak dimurahkan rezeki, jangan skip bagi duit dekat keluarga walaupun RM50 sahaja.

“Doa ibu bapa sangat-sangatlah bermakna dan jika kita bahagiakan mereka di atas dunia ni, inshaAllah hidup akan lebih senang,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*