“Sama Bday mestila sama perangai..” – Sharnaaz Ahmad kongsi aktiviti dgn Jebat tp kalini lain pula yg org perasan.

Menerusi entri terbaru Sharnaaz Ahmad, dia ada berkongsi klip durasi pendek aktiviti nya bersama anak tercinta nya iaitu Jebat Jayden. Jebat menyarung pakaian ‘hero’ animasi popular iaitu ‘spiderman’ dan beliau juga turut sama memakainya sekali dengan topeng ‘spiderman’ sekali. Rata rata peminat nya terhibur dengan pemakaian mereka dan ad juga mendoakan semoga Sharnaaz sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dunia akhirat.

Kapsyen Sharnaaz:

“Sama birthday mestilah sama perangai kan.. yes superhero fav baba adalah spiderman.. jadi faham faham ja lah anak jadi lagu mana…”

Video Dibawah:

Lain pula orang perasan?

Terdapat satu set ‘gaming’ yang orang perasan disebelah Jebat dan Alif Satar yang meninggalkan komen dengan ayat ringkas:

“set up dahsyattt..”

Jom lihat apa kata netizen:

Terdahulu, Jebat Jayden juga ada suruh ayah nya untuk berkahwin lain dan ramai terhibur dengan telatah nya.

“Bolehlah ayah, boleh ayah kahwin, ibu dah kahwin,” ujar Jebat kepada Sharnaaz.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju apabila mereka turut mendengar Jebat mengomel menyuruh Sharnaaz berkahwin.
Aksi comel Jebat dengan kesan gigitan semut di pipi kanannya juga membuatkan ramai terhibur.

“Dia macam cakap nak ayah kahwin, ibu dah kahwin semua dah kahwin. Betul tak macam tu lah yang saya dengar,” komen seorang wargamaya. Jebat suruh baba kahwin ke tu?” tanya seorang wargamaya.

“Kenapa bunyi macam “ayah kahwin, ibu dah kahwin”,” sokong seorang wargamaya. Baba, cepatlah kahwin, kahwin!!!” usik seorang wargamaya. Aku sorang je ke dengar yang Jebat sebut ibu dah kahwin,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga baba bertemu jodoh yang sepadan dan sesuai buat di dunia dan di akhirat. Amin,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan oleh pengikutnya.

Pada April lalu, nama Sharnaaz dikaitkan dengan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz selepas Sharnaaz memuat naik foto memeluk bahu Azira di Instagram Stories, Azira juga menjadi antara selebriti yang terlibat dalam misi bantuan banjir yang diketuai Sharnaaz dan Mamu Legacy. Selain itu, Sharnaaz juga pernah membuat hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 di Instagram pada 26 September tahun lalu.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Jebat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*