“Sayang jangan tutup kilang dulu ya” – Wawa Zainal ham1l anak keempat, Aeril Zafrel nak cukupkan 5

TIDAK mahu terus membuatkan netizen berteka-teki, pelakon Aeril Zafrel mengesahkan isterinya Wawa Zainal kini ham1l anak keempat mereka.

Aeril atau nama sebenarnya Suhair Sunari, 33, meluahkan rasa syukur dan berharap isterinya yang bakal bersal1n dalam masa terdekat dipermudahkan urusan.

“Alhamdulillah ya Allah doa dimakbulkan dapat baby nombor empat. Tinggal nak satu je lagi.

“Semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tidak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.

“Semoga Wawa sentiasa dalam lindungannya. Terima kasih sayang jangan tutup kilang dulu ya” tulisnya di Instagram.

Foto yang dimuat naik Aeril yang memperlihatkan ‘baby bump’ Wawa Zainal.

Terdahulu, foto Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, yang dimuat naik di laman sosial menimbulkan tanda tanya netizen apabila memperlihatkan ‘baby bump’.

Wawa dalam satu laporan media turut memberitahu dia kini hamil enam bulan dan berada dalam keadaan baik.

“Sebenarnya, saya memang hamil enam bulan, sudah nak masuk tujuh bulan. Alhamdulillah, keadaan saya okey,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*