[VIDEO] “Kalau ada jodoh sekalipun saya nak yang sama level… kaya” -DS Vida Jawab Isu Kahwin Bekas PA

TIADA angin tiada ribut… tiba-tiba timbul kembali gosip kononnya usahawan kosmetik Datuk Seri Vida bakal mengakhiri zaman janda dengan bekas pembantu peribadi.

Menafikan khabar angin tersebut, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sehingga kini dia masih belum terfikir untuk kembali memegang status isteri orang.

Menurut Vida, 50, dia masih tr4uma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.

“Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.

vida 1

Vida nafi bakal berkahwin dengan bekas pekerja.

“Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.

“Tapi saya takut, rasa tr4uma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati… nak kata serik pun ya juga,” katanya kepada mStar.

Pada Rabu lalu, tular rakaman siaran langsung di laman Instagram antara Vida dan rakannya Datuk Seri Aliff Syukri.

Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Vida dan Iqbal pernah menjadi perbualan hangat netizen pada tahun 2017.

vida 3

Vida utamakan anak-anak dan keluarga.

Namun kedua-duanya menafikan mengenai khabar angin tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan.

Sementara itu, menerusi Instagram, Vida berkata dia mahu mencari bakal suami yang setaraf dan memiliki kewangan yang kukuh.

“Buat masa ini saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.

“Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya daripada segi umur, pengalaman, kaya of course (semestinya),” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan pencer4ian.

Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meningg4l dunia dalam kejadian keb4karan rumah pada 3 Ogos 2013.

Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*