“Fazura tk dpat mnahan seb4k..” 80,000 Tudung Helai ‘Sold Out’, Jualan RM2.16.

PETALING JAYA – “Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian. Mungkin suami mereka hi.lang kerja dan sebagainya.”

Demikian ucapan terima kasih dengan nada se.bak dan air mata ber.guguran selebriti popular, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin kepada orang ramai apabila tudung keluarannya, Tudung Fazura berjaya terjual sekitar 80,000 helai dalam tempoh hanya dua jam.

Dalam satu video yang dimuat naik dalam Instagram, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak dapat menahan emosi dan sebak apabila ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sekali gus membantu mereka yang terke.san disebabkan pan.demik Co.vid-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Kenapa saya jual RM27 sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu dan ini bukan untuk saya sahaja. Kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal-mahal lagi.

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat bantu. Kebanyak daripada mereka terdiri daripada kaum wanita. Ibu-ibu, untuk ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macamlah du.gaan yang mereka hadapi,” ujar Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini.

Dengan hasil jualan tudung sebanyak 80,000 helai, dianggarkan dalam tempoh dua jam, jualan mencecah RM2.16 juta memandangkan sehelai tudung hanya berharga RM27.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)

Perkara tersebut juga di.dedahkan beberapa netizen melalui ciapan mereka dalam Twitter.

“Dalam 2 jam 80,000 helai dah ‘sold out’, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang,” ciap seorang netizen.

“Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual sahaja murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung,” tulis seorang lagi netizen lagi.

Sebelum ini, ibu kepada Nur Fatima Aisya menarik perhatian ramai apabila Nur Fatima Aisya menjual tudung dengan harga semurah RM27 dengan niat untuk membantu golongan yang terkesan disebabkan per.masalahan Co.vid-19.

Ciapan daripada beberapa netizen dalam Twitter berkenaan tudung keluaran Fazura ‘sold out’ dalam tempoh 2 jam sehingga dikatakan jualannya mencecah RM2.16 juta walaupun hanya dijual semurah RM27 sehelai.

Dedahnya juga, harga RM27 diletakkan untuk jenama Tudung Fazura mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” kongsinya.

Sumber:K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*