“Arwah Kelihatan Berseri Dan Tenang Seperti Sedang Tidur Saja..” -Bapa Muaz Meningg4l Dunia Dalam Tidur

Kuala Lumpur: Pengacara dan penyampai radio Muaz Mohamed, 36, berkongsi berita duka mengenai bapanya, Mohamed Atan, 62, yang meningg4l dvnia akibat pasca Cov1d-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, pada jam 4.50 pagi, semalam.

Muaz atau nama sebenarnya Muazanazzuddin Mohamed berkata, jen4zah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, pada jam 1.30 tengah hari semalam dan bersyukur pemergian Allahyarham  dipermudahkan.

“Meskipun sed1h, saya bersyukur kerana urusan pemergian ayah dipermudahkan. Malah, ibu saya sempat menemaninya selama tiga minggu di hospital dan dia meningg4l pun tenang, di dalam tidur.

“Saya juga sempat memandikan dan kebumikan arwah. Wajahnya kelihatan berseri dan sangat tenang seperti sedang tidur saja,” katanya.

Menurut Muaz, arwah bapanya juga sudah sembuh daripada Cov1d-19 dan dibenarkan pulang ke rumah semalam. Bagaimanapun, tidak sangka aj4lnya sudah sampai.

“Ayah sudah 28 hari neg4tif Cov1d-19 dan berada di wad biasa selama tiga minggu. Pada Rabu lalu, keadaannya sudah semakin baik dan sempat menghubungi rakan-rakan memberitahu dia akan pulang ke rumah pada Sabtu (semalam).

“Kami di rumah pun sebenarnya sudah menyiapkan segala kelengkapan untuk menyambut kepulangannya. Tak sangka pula ‘pulang’ yang dimaksudkan arw4h adalah dia pergi buat selama-lamanya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*