“Akan Mendominasi Industri Muzik Tanah Air..” -Bakal Keluar Lagu Bertajuk ‘Sunyi’, Aliff Syukri Tak Sia-Siakan Suara Merdu

Mengharungi p4ndemik CVD-19 sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Hampir 2 tahun kita semua dikekang untuk bebas keluar kemana sahaja demi memastikan penularan p4ndemik tidak berterusan.

Jadi, perasaan bosan, sunyi dan tertekan kerap kali hadir sehingga membuatkan seseorang itu tidak produktif.

Oleh sebab berasa kesunyian kerana tidak dapat keluar kesana-sini dengan selesa, usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri telah menyuarakan hasrat merakamkan lagi lagu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Dalam posting yang dibuat oleh usahawan tersebut, beliau bertanya kepada pengikutnya adakah sesuai andai mahu mengeluarkan lagu bertajuk ‘sunyi’ memandangkan itu merupakan perasaan yang dirasainya ketika ini.

Aliff Syukri juga menyatakan rasa ruginya andai suara merdu kurniaan dari Maha Pencipta yang dianugerahkan kepadanya tidak digunakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram usahawan tersebut.

Ada yang memberikan kata-kata semangat dengan menyuarakan rasa tidak sabar menanti lagu terbaru beliau dan ada juga yang mengakui tidak sanggup mendengar lontaran suara penyanyi lagu Bobo Di mana yang pernah tular sebelum ini kerana berduet dengan Sajat dan Lucinta Luna.

    

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*