Galih Ginanjar meny3sal abaik4n anak, cemburu lihat bapa tiri lebih mesra – “Sepatutnya saya di situ…”

PELAKON Galih Ginanjar sekali lagi menyesali tindakannya mensia-siakan bekas isteri Fairuz A Rafiq dan anak mereka King Faaz.

Galih berkata sikap pentingkan diri sebelum ini membuatkan anak tunggalnya itu lebih dekat dengan bapa tiri iaitu Sonny Septian.

Keakraban mereka berdua sering menjadi perhatian netizen di media sosial sehinggakan kelihatan seperti anak dan bapa kandung.

Dalam hal ini, Galih mengakui senang melihat perkembangan anaknya itu dan berterima kasih dengan Sonny.

“Saya bangga lihat perkembangan dia sekarang, saya seronok! Terima kasih Sonny kerana membimbing dia menjadi anak yang pintar dan kacak,” katanya semasa menjadi tetamu dalam program Brownis Trans TV, baru-baru ini.

Galih 2

Galih cemburu lihat kemesraan anaknya dengan Sonny.

Meskipun menghargai kasih sayang yang diberikan Sonny, Galih mengakui di hatinya masih ada rasa cemburu melihat mereka berdua.

“Saya lihat di Instagram nampak sesuai sangat sama Sonny, kalau dengan Fairuz itu sudah pasti, tapi kalau ada Sonny lebih serasi. Sepatutnya saya di situ… tapi saya tiada.

“Sepatutnya saya lebih dekat dengan Faaz kerana saya bapa kandungnya tapi kerana kelakuan saya dahulu menyebabkan kami terpisah cukup jauh,” ujarnya

Galih Ginanjar berkahwin dengan Fairuz pada 5 Mac 2011.

Mereka bercerai pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama King Faaz Arafiq.

SUMBER: Tabloid Bintang/https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*