“Kami Tidak Pernah Dij4jah”- Terbaik! TMJ Jawab Dengan Jelas Soalan Wargamaya Kenapa Tak ‘Post’ Pasal Hari Merdeka

Tular di media sosial milik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di mana terdapat wargamaya yang bertanya tentang laman JDT tidak memuatnaik tentang kemerdekaan di Instagram baginda.

Jelaskan Tentang Tradisi Johor Sambut Kemerdekaan

Menjawab soalan yang diajukan itu, baginda menyatakan tradisi di Johor hanya perlu mengucap dan menghormati Hari Merdeka sebagai tanda hormat dan tidak perlu menyambutnya.

“Ampun Tunku sekadar bertanya. Kenapa laman JDT tak posting tentang kemerdekaan. Ampun Tunku”

Foto – Instagram @hrhcrownprinceofjohor

“Di Johor. Tradisi kita mengucap dan menghormati hari Merdeka sebagai tanda hormat. Tetapi kita ‘menyambut’ merdeka kerana sejarah negeri Johor, iaitu kami tidak pernah dij4jah.”

Bendera Malaysia Hanya Dikibar 2 Minggu Sebelum & Selepas Hari Merdeka

Selain itu Tengku Mahkota Johor juga berkongsi sebagai tanda hormat pada hari Merdeka dan Malaysia, bendera jalur gemilang di pasang dua minggu sebelum Merdeka dan dua minggu selepas Merdeka.

“Itu pasal di Johor, 3 bendara Johor dan 1 bendera Malaysia di setiap tiang lampu atau bangunan sebagai Tanda hormat pada hari Merdeka dan Malaysia.

Dipasang hanya 2 minggu sebelum Merdeka dan 2 minggu selepas Merdeka. Selepas itu macam biasa semula. Bendera Johor dan daerah-daerah.”

Ini tradisi Johor, negeri-negeri yang lain pasti ada cara masing-masing untuk menyambut Hari Kemerdekaan betul tak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*