“Nak Jadi Ibu Baru Jebat? Kena Lalu Saya Dulu..”Noor Nabila

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada memuat naik ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Jebat Jayden yang ke-3.

Namun, apa yang menjadi perhatian komen ditinggalkan bekas isterinya, Noor Nabila yang memuji Sharnaaz seorang bapa yang baik dan penyayang buat anak mereka.

Nabila juga sempat bergurau dengan menyatakan kepada siapa yang mahu menjadi ibu baru Jebat boleh tinggalkan ‘resume’ di ruangan posting berkenaan untuk ditapis dahulu.

“Terima kasih baba (Sharnaaz) kerana telah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada Jebat. Dia sangat bertuah kerana mendapat bapa seperti awak. Yang nak hantar resume (jadi isteri Sharnaaz) boleh ‘cc’ sini sekali,” tulisnya.

Noor Nabila dan Sharnaaz pernah berkahwin pada 2017. Namun pasangan ini telahpun berpisah sekitar tahun lalu. Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Beutifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*