Suami Pakai Baju Nikah Iringi Pengebumian Isteri -“Hanya 4 Bulan Perkahwinan, Allah Lebih Sayangkan Isteri..”

Benarlah bahawa jodoh, aj4l dan m4ut semuanya di tangan Allah SWT, dan kita sebagai hambanya harus menerima setiap kenyataan tersebut. Seperti perkongsian di laman Facebook ini apabila usia perkahwinan pasangan ini hanya bertahan selama 4 bulan sahaja apabila aj4l isteri dijemput Illahi terlebih dahulu…

HANYA 4 BULAN USIA PERKAHWINAN, ISTERI ‘PERGI’…

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perkara tersebut dirasai sendiri seorang lelaki dikenali sebagai Hassanudeen Undingz Killerz apabila memuat naik khabar duka isteri yang baru 4 bulan dinikahinya meninggal dunia.

-12/04/2021 Bergaun Putih Cantik Aku Menikahi mu Sayang

27/08/2021 Berkafan kain putih Dirimu meninggalkan ku Sayang

Ketahuilah ku iringi kepergianmu memakai Baju Pernikahan kita agar Dirimu Tahu Untuk Selamanya Fatimah Binti Ismil adalah Bidadariku..

Menurut perkongsiannya, ketika isterinya berada dalam keadaan kritikal di hospital, dia ada meminta kenalan dan warganet supaya sama-sama berdoa untuk kesihatan isterinya yang ketika itu perlu ditidurkan.

‘KU IRINGI PEMERGIANMU DENGAN BAJU NIKAH KITA..’

Namun begitu, tiada siapa dapat melawan kuasa Tuhan apabila insan yang amat disayanginya tetap pergi menemui Pencipta. Apa yang membuatkan warganet lebih sedih adalah tindakan lelaki tersebut yang memakai semula baju perkahwinan sewaktu mereka bernikah ketika menguruskan jenazah isterinya.

Dapat dilihat perkongsian foto dia duduk sahaja di tepi pusara isterinya lengkap berpakaian putih sambil termenung menahan sedih kehilangan insan tersayang. Sebak!

Dalam perkongsiannya di Facebook lagi, Hassanudeen sempat meluahkan rasa cintanya kepada Allahyarham isteri dan berdoa agar bidadarinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sudah semestinya dalam kalangan warganet menzahirkan ucapan takziah kepada Hassanudeen dan berharap dia kuat menerima takdir dari Allah S.W.T. Mereka juga berdoa agar Allahyarham isterinya, Fatimah binti Ismil ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Hassanudeen Undingz Killerz

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : siraplimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*