“Hanya Dengar Suara ‘Mereka’ Ketawa Di Luar” W4nita Ini Menjer1t Minta Tol0ng Di H0spital Hingga Terp4ksa Bers4lin Sendiri Tanpa Bantuan

Sehari selepas seorang lelaki warga emas yang dijang.kiti wabak Covid-19 dilaporkan dilihat merangkak di atas lantai dan cuba mem4ut pada katil untuk berdiri sebelum rebah dan mninggal dunia, satu lagi kisah hampir serupa telah beredar di media sosial.

Cuma, kali ini ia tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Seorang wanita membuat hantaran di Facebook mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19, setelah banyak panggilannya untuk meminta bantuan tidak dilayan.

Berdasarkan foto yang dikongsi bersama catatannya itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 23 Julai di Hospital Sultan Ismail di Johor.

Wanita itu mencatatkan di Facebook pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak semalam.

Menurut wanita yang dikenali di Facebook sebagai Noor Aziah, dia diuji positif Covid-19 ketika menunggu untuk melahirkan bayinya bilik bersalin di hospital sekitar jam 4.40 petang.

Berdasarkan keputusan ujiannya itu, wanita itu berkata bahawa dia tidak dibenarkan bersalin secara lazimnya dan dibawa ke bilik khas untuk pesakit koronavirus, serta ditinggalkan keseoranga.

“Lebih kurang 6 petang perut mula rasa sakit sikit. Cuba mengiringkan badan. Masa ini ada darah keluar boleh tahan banyak.

“Mula ingatkan terkencing sebab rasa nak berak. Rupanya darah yang keluar. Pada 6.03 petang rasa memulas sangat perut. Cuba panggil jururawat dan doktor sekali lagi. Tapi, hampa dia orang tak layan,” katanya dalam Facebook.

Sehingga jam 1 tengah hari, hantaran wanita tersebut telah dikongsi lebih 5,900 kali dan menerima sekitar 530 komen. Menurut Noor Aziah, dia ketika itu menyerahkan takdirnya kepada Allah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk keselamatan bayinya.

“Angkat kaki tak sempat angkat banyak. Baru angkat sikit bayi dah keluar. Alhamdulillah, selamat melahirkan anak tanpa bantuan doktor dan jururawat.

“Hampir terjatuh bayi dari katil sebab katil jenis tilam terasing. Syukur saya tahan bayi guna kedua-dua belah kaki saya sendiri dan bayi berpaut pada kaki saya.

“Hampir 10 minit menjerit menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada saya panggil jururawat dan doktor. Tapi, hampa saya dengar jelas suara-suara mereka sedang ketawa di luar,” katanya.

“(Sambil) usap perut cakap ‘ya Allah andai diri saya tak dapat diselamatkan, tolong selamatkan baby (bayi) saya.

“Lepas tu saya mengucap dua kalimah syahadah, baca ayat kursi, dengan lailahainnalaantasubahannakainnikumtum minal zolimin sebanyak tiga kali,” katanya.

Akhirnya, seorang jururawat datang untuk memeriksanya setelah dia menjerit untuk memberitahu mereka bahawa dia telah berjaya melahirkan anak.

“Syukur hanya Allah saya yang tahu. Pengalaman ini tak mungkin saya lupakan,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Kesihatan dan Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan ulasan mereka.

Semalam, anak perempuan K Ehambaram, 74 yang rebah dan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendakwa kematian bapanya adalah akibat terjatuh daripada katil hospital dan bukan kerana Covid-19.

Lelaki itu dikatakan terbaring di lantai tanpa sesiapa pun datang menjenguknya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian.

Keluarga Ehambaram membuat laporan polis dan meminta pihak berkuatkuasa untuk menyiasat, kerana mereka mendakwa kematiannya mungkin disebabkan oleh kejadian itu dan bukan disebabkan oleh koronavirus, seperti dinyatakan oleh pihak hospital.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Malaysia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*