“Saya tak ramai pengikut dan tak boleh nak paksa orng utk beli,”Makanan tak laku, ini luahan Shima

Kuala Lumpur: “Saya tak terasa hati. Saya tiada nama. Orang pun dah tak kenal. Saya tak ramai pengikut dan tak boleh nak paksa orang untuk beli,” kata penyanyi Shima, 52, mengenai sambutan dingin masyarakat terhadap perniagaan makanan yang diusahakannya sejak Julai lalu.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, dia memahami peminat hanya menyokong artis popular dengan membeli apa yang dijual.

“Tapi mereka yang buat tempahan daripada saya pasti tak menyesal. Mereka tahu hasil air tangan saya memuaskan hati. Ini kerana saya hanya beli barang yang berkualiti untuk pembeli. Bagaimana saya memasak untuk suami, begitulah juga yang saya buat untuk mereka.

“Memasak untuk orang kena ikhlas dan bukan sekadar asal boleh. Namun, saya mengakui sudah lama tiada tempahan daripada pelanggan,” katanya kepada Harian Metro.

Shima yang popular dengan lagu Teringin menghasilkan makanan barat di bawah jenama Petite Kitchen by Shima yang dijual secara dalam talian.

Antara yang dihasilkan ialah creamy Australian lamb shank dan kentang lenyek yang dijual dengan harga RM90.

Dia merancang untuk memulakan perniagaan kek, biskut dan gubahan bunga hasil air tangan dan kerja tangan selepas ini.

“Saya ada pengalaman masak makanan barat kerana pernah dua kali bersuamikan lelaki warga Australia dan Kanada.

“Bayangkan setiap hari memasak makanan mereka, jadi banyaklah pengalaman yang saya kutip. Saya juga belajar dengan bekas mentua masakan harian mereka.

“Selain itu sejak kecil lagi saya dah mula masak. Maklumlah orang kampung, ibu bapa memang tak manjakan saya,” katanya.

Menurutnya, pembeli masakannya agak beruntung kerana dia memberikan makanan dalam kadar yang banyak.

“Memang tak rugi beli. Saya pula tak pandai nak masak dalam kadar sikit. Setakat ini pembeli hanyalah kawan-kawan rapat saya. Mereka kemudian mempromosikan kepada kawan-kawan lain pula. Biarlah bermula perlahan dan mungkin akan sukses selepas ini.

“Warganet pula hanya sekadar bersimpati dengan saya sebelum ini tapi untuk sokong belum tentu lagi. Saya tak fikir apa-apa. Kalau mereka rasa nak beli, belilah,” katanya.

Shima bagaimanapun berterima kasih kepada mana-mana pihak yang pernah menghulurkan bantuan kepadanya semasa ditimpa musibah sebelum ini.

Terdahulu Shima pernah mengusahakan warung Teringin berhampiran kediamannya di Damansara Damai pada 2018, namun terpaksa ditutup akibat masalah slipped disc yang dihadapinya selain berdepan perkara misteri.

Dia kemudiannya dikategorikan sebagai golongan asnaf oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya pada 17 Julai 2019 sehingga mengundang simpati masyarakat.

Berikut reaksi netizan

“Nie Legend…budak2 tik tok mana knai sgt…xpa yg penting usaha tu kna diiringi dgn doa jgk..kdg2 ada byk …ada sikit…semoga dilimpahi rezeki melimpah ruah kak Shima

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*