“Sekar4ng Baru Sed4r Diri” Syifa Melvin Selalu Member0ntak, Rasa Diri Sentiasa Bet0l

Kata orang, sesuatu perkara mahupun tugas tidak akan sempurna sekiranya tidak mendapat reda daripada seorang ibu.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh pelakon Syifa Melvin, 27, yang berpendapat sekiranya tiada restu daripada wanita bergelar ibu, semua perkara yang hendak dilakukan pasti tidak akan menjadi.

Bagaimanapun, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu tidak sesekali menolak ke tepi tentang keberkatan Allah SWT dalam semua perkara.

“Sejak usia semakin meningkat, apa yang saya perasan ialah mengenai restu dan berkat. Tanpanya, apa sahaja yang dilakukan pasti tidak menjadi.

“Keberkatan Allah ialah nombor satu. Tetapi berkat dan restu daripada seorang ibu ialah satu hal yang lain,” katanya dalam InstaStory semalam.

Ujar pemilik nama penuh Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu, dia juga percaya bahawa reda Allah bersandarkan pada restu seorang ibu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SM (@syifamelvin)

“Reda Allah terletak pada restu seorang ibu. Apabila ada restu ibu pada setiap perbuatan anak, maka berkatlah hidup di dunia dan akhirat,” tuturnya.

Dalam perkongsian sama, Syifa memberitahu dia juga pernah melalui fasa tidak mahu menerima pandangan mahupun nasihat daripada orang lain kerana berasakan dirinya sentiasa betul.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SM (@syifamelvin)

“Dulu saya lalui fasa ‘memberontak’, tak mahu dengar cakap dan terima teguran orang tetapi pada satu tahap, banyak benda tak jadi.

“Dari situ, baru boleh fikir sebenarnya apabila orang larang, dengarlah sebab mereka tidak buta tetapi kita yang buta. Kadang-kadang kena dengar juga nasihat orang terdekat,” ujarnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SM (@syifamelvin)

Sejak melalui situasi tersebut, dia mula meletakkan ibunya, Robiah Rahman sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan pandangan mengenai pelbagai perkara.

“Semua perkara tanya dan minta pendapat serta restu daripada ibu. Selepas dia setuju, minta pula doa daripadanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SM (@syifamelvin)

“Ingat, berkat dan restu daripada ibu ialah nombor satu dalam hidup kita,” katanya lagi. -CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber: Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*