‘Saya Tiada Nama, Orang Pun Dah Tak Kenal’ – Luahan Shima, Meniaga Kini Kurang Sambutan

” Saya tak terasa hati. Saya tiada nama. Orang pun dah tak kenal. Saya tak ramai pengikut dan tak boleh nak paksa orang untuk beli,”

Itu kata-kata penyanyi Shima, 52, mengenai sambutan dingin masyarakat terhadap perniagaan makanan yang diusahakannya sejak Julai lalu.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, dia memahami peminat hanya menyokong artis popular dengan membeli apa yang dijual.

” Tapi mereka yang buat tempahan daripada saya pasti tak mnyesal. Mereka tahu hasil air tangan saya memuaskan hati.

” Ini kerana saya hanya beli barang yang berkualiti untuk pembeli. Bagaimana saya memasak untuk suami, begitulah juga yang saya buat untuk mereka.

” Memasak untuk orang kena ikhlas dan bukan sekadar asal boleh. Namun, saya mengakui sudah lama tiada tempahan daripada pelanggan,” katanya kepada HarianMetro.

Shima yang popular dengan lagu Teringin menghasilkan makanan barat di bawah jenama Petite Kitchen by Shima yang dijual secara dalam talian.

Antara yang dihasilkan ialah creamy Australian lamb shank dan kentang lenyek yang dijual dengan harga RM90.

Dia merancang untuk memulakan perniagaan kek, biskut dan gubahan bunga hasil air tangan dan kerja tangan selepas ini.

” Saya ada pengalaman masak makanan barat kerana pernah dua kali bersuamikan lelaki warga Australia dan Kanada.

” Bayangkan setiap hari memasak makanan mereka, jadi banyaklah pengalaman yang saya kutip. Saya juga belajar dengan bekas mentua masakan harian mereka.

” Selain itu sejak kecil lagi saya dah mula masak. Maklumlah orang kampung, ibu bapa memang tak manjakan saya,” katanya.

Menurutnya, pembeli masakannya agak beruntung kerana dia memberikan makanan dalam kadar yang banyak.

” Memang tak rugi beli. Saya pula tak pandai nak masak dalam kadar sikit. Setakat ini pembeli hanyalah kawan-kawan rapat saya.

” Mereka kemudian mempromosikan kepada kawan-kawan lain pula. Biarlah bermula perlahan dan mungkin akan sukses selepas ini.

” Warganet pula hanya sekadar bersimpati dengan saya sebelum ini tapi untuk sokong belum tentu lagi. Saya tak fikir apa-apa. Kalau mereka rasa nak beli, belilah,” katanya.

Shima bagaimanapun berterima kasih kepada mana-mana pihak yang pernah menghulurkan bantuan kepadanya semasa ditimpa mus1bah sebelum ini.

Terdahulu Shima pernah mengusahakan warung Teringin (gambar atas) berhampiran kediamannya di Damansara Damai pada 2018, namun terpaksa ditutup akibat masalah slipped disc yang dihadapinya selain berdepan perkara misteri.

Dia kemudiannya dikategorikan sebagai golongan asnaf oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya pada 17 Julai 2019 sehingga mengundang simpati masyarakat.

Kenali Shima

Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada 12 September 1969. Shima mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor.

Kerjaya Shima sebagai seorang penyanyi bermula dengan kumpulan Shima and The Boys menggantikan penyanyi asal kumpulan itu iaitu Ella, sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo dengan album Shima.

Album sulung Shima yang diterbitkan oleh Sani, Usop dan Siso pada tahun 1990 itu telah menaikkan nama Shima sebaris dengan dengan puteri-puteri rock yang lain.

Lagu Di Sebalik Sejuta Wajah ciptaan Umarul (Iklim) ini sebenarnya begitu popular pada masa itu hingga menaikkan nama Shima antara sebagai penyanyi wanita baru yang popular waktu itu.

Kerjaya nyanyian Shima mencapai puncak kegemilangan apabila berjaya memenangai tempat kedua di Anugerah Juara Lagu edisi 1991 menerusi lagu Setelah Aku Kau Miliki petikan album kedua beliau.

Lagu ciptaan Saari Amri itu juga berjaya memberi tuah kepada Shima apabila turut memenangi anugerah persembahan terbaik.

Sejak itu, Shima menerusi syarikat rakaman Sony Music merencana projek untuk album ketiga yang lebih baik. Ternyata album Shima 3: Teringin itu berjaya meledak di pasaran dan lagu Teringin menjadi siulan anak muda.

Lagu itu layak ke Anugerah Juara Lagu 1993, biarpun tewas di tangan Fauziah Latiff, Shima menebus kekecewaan apabila memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik yang pertama kali diadakan juga memenangi pertandingan Pujaan 10 Nescafe 1993 kategori persembahan solo terbaik dengan lagu Teringin.

Sumber:hmetr0 dan wikipedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*