Tunggu…Bek4s PA Bak4l Hantar Romb0ngan Meminang DSV

Tidak mahu membuang masa bermain cinta dengan bekas majikannya itu, bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal merancang untuk meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat.

Serius untuk melangkah ke alam rumah tangga bersama Vida, Iqbal berkata Vida turut meminta untuk mengikut adat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu.

“Saya dah fikir masak-masak! Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama. Saya merancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat.

“Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan jadi lebih elok kalau jumpa keluarganya dulu, saya pun tak nak buang masa dah,” katanya.

Iqbal mengakui lega apabila Vida disahkan masih subur dan boleh mendapatkan zuriat. Ujarnya lagi, dia berkahwin kerana mahukan anak dan Vida sendiri sanggup melakukan ujian kesuburan.

“Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.

“Tapi dalam masa sama terdetik juga rasa kasihan kerana dia perlu mengandung lagi di usia begini. Namun dalam sesebuah perkahwinan soal zuriat juga penting,” katanya.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*