[VIDEO] Kelihatan Bersama Nabil Ahmad Dengan Berjubah, Anuar Zain Sertai Tabligh?

Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti yang mulai berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti dakwah tabligh. Antaranya adalah Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim.

Sertai dakwah dengan Nabil

Terbaru, penyanyi Anuar Zain kelihatan mula mendekati kumpulan dakwah itu bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad. Menerusi perkongsian di TikTok @nadrosli831 memaparkan Anuar memakai jubah berwarna biru bersama kopiah.

Dalam rakaman tersebut, pemilik nama Shahrul Anuar Zain sedang menuangkan air teh tarik kepada Nabil dan beberapa orang jemaah lain.

Belanja lagu Lelaki Ini

Sambil berborak santai, Anuar sempat melayan permintaan jemaah lain untuk mendendangkan sebuah lagu. Adik kepada penyanyi, Ziana Zain ini memilih lagu Lelaki Ini sambil tersenyum.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi berusia 51 tahun ini turut gembira melihat penghijrahan yang dilakukan. Dalam pada itu, wargamaya mendoakan agar selebriti-selebriti ini kekal beristiqamah dalam menuju ke jalan Allah.

Alhamdulillah makin ramai artis-artis berhijrah ke arah kebaikan.

Allahuakbar.. Alhamdulillah bergenang air mata tengok mereka. Moga Allah terus kurniakan istiqamah buat kita semua. Amin.

Seronok tengok makin hari makin ramai yang berubah dekat dengan Allah.

Ya Allah Anuar.. Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia akhiratnya. Minat sangat dengan dia.

Sumber: TikTok @nadrosli831 via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*